Penubuhan SK Langgar (SKL) bermula pada tahun 1959 setelah SKL yang dulunya dikenali sebagai Sekolah Melayu Langgar mendapat sebuah bangunan separuh kekal berukuran 200 x 24 kaki persegi. Sebuah stor kecil telah dijadikan tempat untuk guru-guru pada waktu itu, mencari bahan rujukan bagi pengajaran mereka. Walau bagaimanapun bilangan buku amat terhad dan kebanyakan buku yang terdapat padawaktu itu hanya buku-buku agama bertulisan jawi dan buku Bahasa Melayu sahaja.
PKG Banggol